Wednesday 12 March 2014

PANTUN TEKA TEKI 1

Pekerjaan ini sangat mulia,
Merawat orang yang memerlukannya,
Serba putih warna pakaiannya
Ada sahaja nak dapatkan rawatannya.

Jawapannya : Doktor


Maruah negara perlu dijaga,
Ikrar dipegang sepanjang masa,
Walau di sempadan di mana juga,
Hidup berbakti kepada negara.
 
Jawapannya :  Askar


Pisang berangan dibuat pengat,
Dicampur dengan gula melaka,
Setiap detik setiap saat,
Menghitung waktu tak kira masa.
 
Jawapannya : Jam


Raja sehari duduk di takhta,
Bagai pinang di belah dua,
Tempatnya dihias ibarat raja,
Untuk ditatap rakan dan keluarga.
 
Jawapannya :Pelamin
 

Warna biru cantik menawan,
Warna merah warna kegemaran.
Semasa kecil menjadi kawan,
Sudah besar menjadi lawan.
 
 Jawapannya : Api


Pelbagai warna pelbagai rupa,
Terbang tinggi menari-nari,
Menjadi kegembaran tua dan muda,
Awas! datang ribut terputus tali.
 
  Jawapannya : layang-layang


Selepas mandi memakai baju,
Terus pergi ke rumah datuk,
Dahulu dipakai pahlawan melayu,
Hujungnya tajam tepinya berkeluk-keluk.
 
Jawapannya  : Keris


Berbagai bentuk dan juga rasa,
Perisa durian, coklat apa sahaja.
Walaupun sejuk tidak terkira,
Menjadi kesukaan si kecil  juga dewasa,
 
 Jawapannya  : Ais Krim


Wahai adik cubalah fikir,
Dibawa ke sekolah setiap masa,
Diguna untuk menulis dan mengukir,
Kadang kala diguna untuk mengira.
 
  Jawapannya  : Pensil


Di Pulau Mutiara menaiki beca,
Melancung bersama ayah dan bonda,
Selalu diselak dan juga dibaca,
Agar penuh ilmu di dada.
 
  Jawapannya  : Buku
 
 
 Berbagai bentuk dan juga warna,
Bila memakai bertambah jelita,
Menutup aurat tujuan utama,
Dapat pahala berganda-ganda.
 
Jawapannya  : Tudung
 
 
 Matahari terbit sudahlah tinggi,
Itulah tanda sudah dinihari,
Selalu dipakai di bawah kaki,
Untuk berjalan dan juga berlari.
 
 Jawapannya  : Kasut


Bunga melur bunga cempaka,
Letak disanggul oleh sidara,
Dipakai untuk melihat dan membaca,
Ada pula untuk bergaya.
 
  Jawapannya  : Cermin mata


Pergi ke muara menaiki rakit,
Bawa balik bunga yang mekar,
Buah ini pelik sedikit,
Bijinya pula ada di luar.
 
Jawapannya  : Buah Gajus
 
 
Adik kecil mukanya bersih,
Selepas dimandi oleh bonda,
Kulitnya hitam isinya putih,
Rasanya manis seperti gula.
 
 Jawapannya  : Buah Manggis

 
Selepas subuh pergi ke kota, 
Meraduk lumpur dan juga paya,
Buah ini mempunyai mahkota,
Badannya pula dipenuhi mata.
 
 Jawapannya  :Buah Nenas


Kampung seberang dipukul ribut,
Jadi sebutan zaman berzaman
Rasa gerun bila disebut,
Tetapi lembut bila ditelan.
 
  Jawapannya  : Buah Naga


Tiap pagi pergi ke sawah,
Mencari rezeki untuk keluarga,
Terkenal sebagai raja buah,
Durinya tajam tidak terhingga.
 
  Jawapannya  : Buah Durian



 
 


No comments:

Post a Comment

Need to add an image? Use this code [img]http://www.youtube.com/watch?v=hGsk8FmTZ04&feature=youtu.be[/img]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...