Friday 22 May 2015

Tanda Koma Bertitik (;)

Tanda Koma Bertitik (;)
1.       Tanda koma bertitik digunakan untuk:
a.       Memisahkan ayat-ayat  jenis  sejenis dan  setara. Contohnya:
   i.       Hari hampir senja; Pak Kasim masih berada di ladang.

b.      Menggantikan kata hubung atau menandakan tempat berhenti  yang lebih tegas. Contohnya:
   i.      Di tapak ekspo itu kelihatan kanak-kanak kecil berkejar-kejaran ; pelajar-pelajar sekolah asyik berbual-bual ; ibu bapa pula sedang duduk berehat-rehat di bawah pokok.

Tanda Petik

Tanda Petik ("...")
1.       Tanda petik juga dikenali sebagai tanda cakap ajuk. Tanda petik digunakan apabila merakamkan  atau menulis  kata-kata yang sebenarnya yang  diucapkan oleh seseorang.Contohnya:

a.       “Kamu mestilah rajin mengulang kaji pelajaran,” nasihat ibu.

Tanda Baca

1. Tanda Seru
2.Tanda Petik
3. Tanda Koma Bertitik

Tanda Seru

Tanda Seru
1.       Tanda seru digunakan dalam ayat seruan untuk melahirkan perasaan takut, hairan, gembira , sakit, dan sebagainya.contohnya:

a.       Wah, besar sungguh rumah awak!

Tuesday 5 May 2015

Jenis-jenis Data


Data dan Maklumat

Definisi Data
·         Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian,orang atau entiti yang terdiri daripada perkataan, angka atau gambar
·         Data boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta –fakta tersebut diproses.
·         Contoh-contoh
o   Markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk setiap murid di dalam satu kelas.

Definisi Maklumat
·         Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan  data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.
·         Maklumat  yang dihasilkan ini lebih bermakna dan mudah untuk difahami.
·         Contoh-contoh
o   Purata markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk satu kelas.

Secara ringkasnya, hubungan di antara data dan maklumat boleh digambarkan seperti rajah di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...