Tuesday 15 September 2015

Latihan perbandingan

Anda dikehendaki mencari maklumat menggunakan enjin carian mengenai 2 peranti  rangkaian tanpa wayar . Bandingkan fungsi, keupayaan dan harga pasarannya . Anda perlu menggunakan perisian aplikasi Ms. Powerpoint untuk membentangkan hasil carian anda.

Latihan Peranti Rangkaian Komputer

1. Apakah 3 peranti rangkaian berwayar yang perlu digunakan di sebuah makmal komputer sekolah yang mempunyai 40 buah komputer dan memerlukan capaian isyarat yang stabil?

a) .

b) .

c) .

 

2. Muzaffar ingin membangunkan rangkaian tanpa wayar di rumahnya untuk memudahkan penggunaan komputer riba, telefon pintar dan konsol mainannya  untuk mencapai internet. Apakah 2 peranti rangakaian tanpa  wayar yang perlu dibelinya?

a) .

b) .

 

3. Nyatakan kesan jika suatu peranti rangkaian tidak berfungsi .

 

 

 

4. Lakarkan dan namakan 1 peranti rangkaian masa hadapan yang boleh menghubungkan rangkaian kawasan setempat (LAN) dengan rangkaian kawasan  luas (WAN) yang mempunyai pelbagai fungsi mengikut kreativiti dan inovatif anda.

 

Monday 14 September 2015

Kata Bilangan

KATA BILANGAN

Bil

Ayat contoh

Betul / salah

Keterangan

1

Setiap orang murid haruslah beratur semasa membeli makanan di kantin.

salah

Kata bilangan pisahan tidak perlu disertakan dengan penjodoh bilangan.

 

Setiap murid haruslah beratur semasa membeli makanan di kantin.

betul

2.

Semua orang guru sekolah saya sedang bermesyuarat.

salah

Kata bilangan tak tentu seperti semua, para, segala , sesetengah, seluruh, dan sekalian tidak perlu disertakan dengan penjodoh bilangan kecuali kata beberapa.

 

Semua guru sekolah saya sedang bermesyuarat.

betul

3.

Setengah pekerja tidak bertugas pada hari Sabtu

Salah

Kata bilangan setengah membawa maksud separuh daripada unit dan tergolong dalam kata bilangan pecahan. Kata bilangan sesetengah pula membawa maksud kata bilangan yang tidak diketahui jumlahnya dan tergolong dalam kata bilangan tak tentu 

 

Sesetengah pekerja tidak bertugas pada hari Sabtu

betul

4.

Tiap orang mempunyai hobi sendiri.

salah

Kata bilangan tiap tidak boleh disingkatkan tetapi boleh digantikan dengan kata setiap.

 

Tiap-tiap orang mempunyai hobi sendiri

betul

5.

Para-para peserta perkhemahan itu sedang memasak.

salah

Kata bilangan para tidak boleh digandakan.

 

Para peserta perkhemahan itu sedang memasak.

betul

6.

Kedua ekor anak kucing itu sedang tidur .

salah

Kata kedua membawa maksud kedudukan pada tempat kedua dan tergolong dalam kata bilangan tingkat. Kata kedua-dua tergolong dalam kata bilangan himpunan.

 

Kedua-dua ekor anak kucing itu sedang tidur.

betul

7.

Berbagai cadangan dikemukakan dalam perbincangan itu.

salah

Kata bilangan himpunan berbagai tidak boleh disingkatkan tetapi boleh digantikan dengan kata pelbagai.

 

Berbagai-bagai cadangan dikemukakan dalam perbincangan itu.

betul

8.

Harga seikat buah rambutan ini ialah dua setengah ringgit.

salah

Kata bilangan tentu, iaitu dua tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan, iaitu setengah untuk penghitungan.

 

Harga seikat buah rambutan ini ialah dua ringgit setengah.

betul

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...