Monday 14 September 2015

Kata Bilangan

KATA BILANGAN

Bil

Ayat contoh

Betul / salah

Keterangan

1

Setiap orang murid haruslah beratur semasa membeli makanan di kantin.

salah

Kata bilangan pisahan tidak perlu disertakan dengan penjodoh bilangan.

 

Setiap murid haruslah beratur semasa membeli makanan di kantin.

betul

2.

Semua orang guru sekolah saya sedang bermesyuarat.

salah

Kata bilangan tak tentu seperti semua, para, segala , sesetengah, seluruh, dan sekalian tidak perlu disertakan dengan penjodoh bilangan kecuali kata beberapa.

 

Semua guru sekolah saya sedang bermesyuarat.

betul

3.

Setengah pekerja tidak bertugas pada hari Sabtu

Salah

Kata bilangan setengah membawa maksud separuh daripada unit dan tergolong dalam kata bilangan pecahan. Kata bilangan sesetengah pula membawa maksud kata bilangan yang tidak diketahui jumlahnya dan tergolong dalam kata bilangan tak tentu 

 

Sesetengah pekerja tidak bertugas pada hari Sabtu

betul

4.

Tiap orang mempunyai hobi sendiri.

salah

Kata bilangan tiap tidak boleh disingkatkan tetapi boleh digantikan dengan kata setiap.

 

Tiap-tiap orang mempunyai hobi sendiri

betul

5.

Para-para peserta perkhemahan itu sedang memasak.

salah

Kata bilangan para tidak boleh digandakan.

 

Para peserta perkhemahan itu sedang memasak.

betul

6.

Kedua ekor anak kucing itu sedang tidur .

salah

Kata kedua membawa maksud kedudukan pada tempat kedua dan tergolong dalam kata bilangan tingkat. Kata kedua-dua tergolong dalam kata bilangan himpunan.

 

Kedua-dua ekor anak kucing itu sedang tidur.

betul

7.

Berbagai cadangan dikemukakan dalam perbincangan itu.

salah

Kata bilangan himpunan berbagai tidak boleh disingkatkan tetapi boleh digantikan dengan kata pelbagai.

 

Berbagai-bagai cadangan dikemukakan dalam perbincangan itu.

betul

8.

Harga seikat buah rambutan ini ialah dua setengah ringgit.

salah

Kata bilangan tentu, iaitu dua tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan, iaitu setengah untuk penghitungan.

 

Harga seikat buah rambutan ini ialah dua ringgit setengah.

betul

 

No comments:

Post a Comment

Need to add an image? Use this code [img]http://www.youtube.com/watch?v=hGsk8FmTZ04&feature=youtu.be[/img]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...