Tuesday 26 September 2017

CERAMAH

Sekolah kamu akan mengadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara peringkat sekolah. Sebagai ketua murid kamu dikehendaki menyampaikan sebuah ceramah bertajuk “ Cara-cara menghargai kemerdekaan Negara”.
Tulis ceramah tersebut selengkapnya.

Yang Dihormati pengerusi majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, Yang dihormati guru-guru, dan rakan sekalian. Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kerana memberi kepercayaan kepada saya mewakili rakan-rakan untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk “Cara-cara Menghargai Kemerdekaan Negara”.
Hadirin sekalian,

   Negara kita Malaysia telah merdeka lebih daripada setengah abad. Dalam tempoh tersebut, pelbagai kejayaan telah ditempa oleh Negara kita. Berkat pengorbanan dan buah fikiran para pemimpin terdahulu ,maka kita telah berada ditahap sekarang.

  Sebagai seorang warga yang menghargai  kemerdekaan Negara maka kita sepatutnya hidup bersatu padu antara pelbagai kaum. Dengan hidup bersatu padu maka kita akan dapat menjaga keamanan dan keharmonian negara dan seterusnya mempertahankan kemerdekaannya.

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

   Selain itu, kita sebagai murid juga perlu belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Sebagai murid hari ini, kita adalah pemimpin pada masa yang akan datang. Kitalah yang akan mencorakkan Negara ini pada masa akan datang.
  
Untuk menghargai kemerdekaan Negara yang tercinta ini, kita juga perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan pelbagai gejala yang negatif seperti penagihan dadah dan sebagainya. Gejala sebegini akan membentuk generasi akan datang yang lemah mental dan fizikal . Generasi yang lemah tidak akan dapat mempertahankan kemerdekaan negara  dan seterusnya mudahlah musuh menakluk Negara kita.

    
       Kesimpulannya, setiap orang yang cintakan kemerdekaan negara perlu sentiasa mempunyai tahap kesedaran dan disiplin diri yang tinggi agar kemerdekaan yang sedang kita kecapi sekarang berkekalan sampai bila-bila.

Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...